Tuesday, October 2, 2012

1 malam di Hostel




kat bawah tangga tu la kami menyorok




Seperti biasa, aku dah berpakat dengan Yana tak nak turun ke surau. Nak stay  kat dorm je. Sebelum ni pun, kitorang berdua je yang “rajin” ke surau. Haha. .  tp, bukan fasal malas actually. Kitorang  malas nk dengar bunyi  bising dekat dewan makan time prep. Isshh
Kebetulan malam tu  ramai jugak yang tak nak trun fasal malas. ~ termasuklah aku.               
Selesai je solat isyak, aku baring kejap sambil sejukkan badan yang dah berpeluh ni. Sedar tak sedar, aku pun tertidur. Ntah time bila, aku dikejutkan Mimi, adik dorm aku yang tak turun jugak. Punyer lah terkejut, sedar-sedar je dorm dah gelap.

“ kak, kah Zah naik. Cepat nyorok ”

“ ahh ? ”

Tu  je yang aku dengar bila dah terjaga. Punyer la gelabah bila dah tahu kak Zah ( penyelia hostel) dah naik sebab nak periksa  pelajar yang tak turun ke surau. Yang lain dah menyorok dah. Aku sorang je yang terkapai-kapai  ~  terkapai la sangat sebab baru bangun tidur HAHA. Pastu aku keluar dari dorm then menyorok kat bilik suis. Tunggu punyer tunggu, kak Zah langsung tak nampak bayang. Pastu tiba-tiba je rasa nak ke toilet. Ishh, masa ni lah buat hal. Toilet la, apa la. Adoii. Nak taknak kena pergi jugak. Masa tu aku sorang je yang dah keluar dari tempat persembunyian. Pastu aku masuk dorm balik. Senyap je.

“ aish, mana yang lain ni ? takkan dah turun kut” alahai

Terpaksalah aku stay sorang-sorang kat bilik. Erm . .
Tapi kan, tiba-tiba je aku terdengar something.  Jeng jeng jeng !  rupa-rupanya adik dorm aku tak turun pun. Dorang  nyorok ramai-ramai. Dua orang bawah katil, pastu yang lain dalam loker. Paling aku tak tahan gelak bila tiba-tiba je dua orang keluar dari loker serentak . Dah la keluar  dengan penuh gaya. HAHA. Ingatkan bunyi apa lah. Berkeriut jee. Hahaha nampak sangat tak pandai menyorok.


“ lah, ingatkan Kak Zah. Kitorang dah cuak habis tadi ”

Aku senyap je. Takde jawapan daripada aku.
Masa tu aku tengah mamai lagi tau. Taktau nak buat apa. Dorang ada jugak ajak aku nyorok dalam loker  tapi aku tak nak.

“ mana boleh, tak muat lah. Korang nyorok je lah, akak nak turun. Takde tempat nak nyorok”


Aku dah buat muka sedih. Pastu kitorang menyorok pulak bawah tangga. Lama betul duk kat situ. Dalam 45 minit jugak la. Lama kan ? Dah naik kejang kaki aku fasal lama sangat mencangkung kat bawah tangga tu. Dahla gelap, panas takyah cakap lah. Masa tu jugaklah ada yang bersin, itu la, ini la. Memecahkan kesunyian betullah. Bila line clear, kitorang decide nak lompat turun je fasal pakguard dah kunci pagar tangga. Satu-satu berjaya lompat. Tinggal 3 orang je lagi. Kitorang ada 12 orang yang tak turun. Ramai kan ? Ahaaha
Kesian betul, 3 orang lagi tu tak pandai nak lompat. Ada yang dah sampai separuh, pastu tak jadi pulak. Susah kut  fasal dia pakai kain hahaa semuanya adik-adik. Aku sorang je lah yang tua hahaa


Masa tu Kak Zah dah nak sampai dorm kitorang. Aim beliau bukan  je nak suruh kitorang turun, Tapi nak rampas apa-apa yang patut dirampas. Pastu kitorang pergi lepak dekat meja tepi bangunan aspuri. Masing-masing tengah runsing bila pikir fasal yang tak sempat turun tadi.

“ baju sekolah pun kena rampas jugak ke ? takkan sidai dekat tinggkap pun tak boleh”

“ntah. Kompem dah tak bagi balik barang yang kena ambik tu kan ?”


“ ye kut. Tapi kena jugak try mintak. Kut Kak Zah lembut hati ke nak bagi balik”


Tak lama lepas tu, kitorang dah boleh naik ke dorm. Sempat jugak jumpa dengan beliau. Punyer la banyak pakaian yang kena rampas. Handphone pun ada jugak yang kantoi. Masuk je dorm, semua dah kecoh fasal barang yang kena rampas. Ada yang nangis sebab baju sekolah kena ambik. Kesian betul . Aku pun dah hangin je ngan Kak Zah ni. Nasib baik lah adik dorm aku yang tak turun tadi terlepas. Ntah apa hujahnya, aku pun tak tau. Tapi, ada jugak yang kelakarnya. Nak tau kenapa ? HAHA tak habis aku gelak. Rupa-rupanya ada yang terkantoi menyorok dalam loker. Aku pun takleh nak bayangkan camna lah situasi dorang masa tu.

Bayangkan, time Kak Zah bukak  , dorang tengah kat dalam tu. Sorang satu loker. Punyer lah terkejut beliau.

“ kenapa duk kat dalam ni ?”

“ saya sakit perut”

“lah, asal duduk dalam loker ? kalau sakit perut, baring lah atas katil”

“takut kak Zah marah”

“ asal nak marah pulak. Kak zah bukan makan orang pun”


Camtulah lebih kurang dialog  dorang. Satu dorm gelak. Kelakar betul . Camna lah dorang boleh cover takut masa tu. Malu lagi lah. Nasib baik kak Zah tak marah. Last-last dorang yang tolong Kak Zah periksa loker pelajar lain. Erm,. . Banyak jugak lah barang dorm kitorang yang kena rampas. Semua decide nak try mintak balik. Harap-harap Kak Zah lembut hati nak pulangkan barang rampasan.

Sampai sekarang aku tak boleh nak lupakan peristiwa ni. Even rasa macam pelarian, aku tetap enjoy ! Time tengah mencoret  ni pun, aku tak turun prep actually. HAHAHA langsung tak serik   =,=”


Monday, September 3, 2012

Malam itu


“ Korang , kita buat friendship day nak ? “

“ Friendship day ? best tu. Boleh jugak kita jernihkan   hubungan ngan Nur  tu kan "

“ A’ah. Lagipun exam dah dekat. Biar settle semua masalah. Takdelah nak serabut-serabut lagi . kebetulan malam Isnin nanti form 5 takde.  Dorang kan ada kem "

Petang tu kitorang plan nak buat frienship day untuk kelas. Tapi girls je yang join. Boys ntah kenapa lah ( maybe termakan kata-kata si Nur yang dulu kot. Tu fasal taknak join. Dah hangin ngan kitorang) kitorang pun tak kesah . Lantak lah nak pikir apa pun, janji lepas ni hubungan  dengan Nur okey balik. Plan siap-siap, tunggu masa je. Nak buat malam. Mesti best kan ? hope so ~

“Sape nak balut hadiah ? guna surat khabar je lah, save bajet lorh. Haha "

“ meh, kita balut ramai-ramai. Cepat sikit. Pastu 2 orang potong kertas, buat kotak beracun ” aku pun tak tahu ni dialog sape. Haha

“ Eh, Khalisah ngan Aisyah mana ? ” tiba-tiba je aku rasa nak tanya.

 Memanglah, dari tadi lagi tak nampak dorang. Rupanya kawan aku ni ada kerja sikit untuk PRS punyer. Folio kerjaya kalau tak silap. A’ah                                                                                   

Ada yang buat air, tolak meja ke tepi , sapu lantai. Kitorang guna ruang tengah tuk duduk. Selesai sediakan semua, kitorang ramai-ramai duduk atas tikar. Kalisah ngan Aisyah pun sampai. Tapi, Cuma Nur  je yang belum muncul.

“ mana  Nur ? ”

“ ntah, pelik betul ”

“ takpe, biar aku yang pegi panggil kat asrama ” Maybe dia lambat sikit kot


Aku pun pergilah asrama nak panggil Nur. Rupa-rupanya dia taknak join. Pening katanya. Tapi dia sempat bagi hadiah yang nak ditukar nanti.

“ nur tak join lah. Dia pening kepala ”

“ owh. Peliklah, tiba-tiba pening "

“ bukan ke sebelum ni dia ada cakap yang dia ada darah rendah ” erm . . iye kot

Kitorang dah berkira-kira adakan friendship day ni tau. Nak  berbaik-baik semula. Tup-tup dia pulak yang sakit kepala. Aku pun tak pasti betul ke tak si Nur ni. Petang tadi okey je aku tengok.  Nak taknak, kitorang mulakan tanpa Nur. Start ngan kotak beracun. Pasang je muzik, berjalanlah kotak tu. Haha. . masing-masing berdebar lorh. Aku pun takut sebenarnya. Habis je 1 pusingan, tiba-tiba kitorang dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu kelas. Tingkap dah tutup, langsir je tak.


“  woi korang ! buat apa kat dalam tu ?  macam parti liar je. dahla bising ”


 Kitorang bukan main terkejut lorh. Pastu sorang kawan kitorang, Khalida  pergi kat pintu nak tengok. Rupa-rupanya budak batch kitorang jugak, Azimi. Serta merta permainan dihentikan. Pastu aku nampak khalida bagitau sesuatu kat zimi. Masing-masing terkejut bila suasana luar kelas bertukar menjadi sangat bising. Ada yang ketuk-ketuk tingkap dengan kuat. Pintu belakang pun kena tendang. Keadaan seolah-olah dikepung sekumpulan pengganas. Rasa macam dah lakukan kesalahan yang sangat besar sampai dorang buat macam tu.


Keadaan berterusan agak lama dan pada masa tu kitorang, 14 girls ni tak tahu nak buat apa. Masing-masing panik. Tambah pulak ngan perasaan pelik kenapa jadi macam ni. Pastu Khalida tutup balik pintu dan datang kat kitorang.

“ kat luar tu penuh ngan budak laki SA (sains agama) ngan budak ST (sains teknikal). Dorang tuduh kita buat parti liar lah sebab bising-bising. Macam mana ni ? ”

“ iye ke ? ”

“ mana ada bising. Kan kita dah test tadi, muzik ni kuat ke tak. Aku dah tanya adik form 1 kat bawah. Dorang cakap tak pun ”

Makin pelik lah jadinya bila kitorang dituduh buat parti liar pulak. Padahal  tak pun. Pastu Khalida pergi semula kat pintu nak intai kot-kot dorang dah pergi. Aku pun intai jugak. Ya Allah , punyer la ramai budak laki kat luar tu. Makin ramai adalah. Masing-masing mula ketuk-ketuk tingkap, tendang pintu kelas macam tadi. Ada yang bisik-bisik mengata kitorang. 1 batch budak laki dah berkumpul depan kelas buat bising. Yang maki-maki pun ada. Macam ni ke perangai budak SBP ? aku pun terkejut. Maklumlah, aku budak baru kat skool ni.

Pastu, aku tengok ada kawan aku yang dah mula menangis sebab tak tahan ngan kelakuan dorang. Air mata aku pun dah bergenang. Punyer lah takut. Khalida je yang nampak tenang. Dia tengah cakap-cakap dengan Zimi tapi nampak cam sia-sia je bila dorang tak percaya cakap Khalida.

“ betul, kitorang main kotak beracun je. Mana ade joget-joget buat parti liar. Sape yang cakap camtu? ”  *tak habis-habis menafikan

“ argh, aku dapat tahu korang joget-joget, pasang muzik pastu bising-bising dalam kelas. Ni kan dah malam, asal bergalak sakan hah ?

Tak habis-habis kitorang dituduh camtu. Azimi tu sebenarnya salah sorang Badan Dakwah skool. Tapi tak bermakna dia boleh je  nak tuduh dan serang kitorang camni. Budak laki kelas kitorang langsung tak backup. Dorang lebih sokong si Azimi tu. Malam esoknya, warden kami, cikgu harun adakan perbincangan bila dah tahu apa yang berlaku. 2 wakil kitorang dan 2 budak laki pergi tuk selesaikan masalah ni.


Masing-masing taknak mengalah. Ingatkan lepas je perbincangan tu, semua dah settle. Rupanya tak. Buat pulak kat kelas kitorang, 4 USM. Kali ni ketua pelajar pulak yang turut serta. Tapi cam biasalah, lansung tak membantu sebab dorang langsung tak ambil peduli apa yang kitorang bagitau. Asyik membalas dengan ejekan je. Sedih betul tau. Tiba-tiba khalisah pun bersuara ( cuba nasib). Tapi sama je, macam tu jugak. Paling aku takleh lupa, si khalisah ni brcakap dalam keadaan berjujuran air mata, teresak-esak tapi langsung tak dihiraukan. Yang lain pun terus nangis ~ terlalu sedih.

Tapi tak bagi si Nur. Langsung tak nangis, tak tunjukkan reaksi sedih pun ( patut ke aku cakap dy ni annoying GiL**r ? ) Aku pun tak faham betullah.  Eeiii . .  .                                                                                                   last skali, habis camtu je. Kitorang langsung tak boleh tahan nangis. Pastu blah macam tu je balik asrama. Masa tu lah kitorang perasan Nur takde sekali. Rupa-rupanya dia balik asrama sorang-sorang ikut jalan lain, sama ngan laluan budak laki tadi tuk ucap terima kasih kat dorang sebab konon-kononya dah tolong backup dia daripada kitorang. Punyerlah menyampah. Huh !

 Malam tu kitorang berpakat nak tidur sama-sama dalam bilik iron(iron baju).Nur je yang tidur kat bilik atas. Mata semua dah bengkak sebab banyak sangat nangis. Lebih sedih lagi, penolong kelas kitorang, Ummi tak sehat. Badan ummi lemah sangat fasal dah terlalu stress. Batuk-batuk tu takyah sebut lah.  :’(

“ dahla, ummi takyah fikir sangat. Tidur lah dulu ”

“ betul tu Mmi. Nanti makin teruk ”

Kesian betul tengok Ummi.
Ntah pukul berapa, kitorang pun tertidur. Masing-masing terlelap dalam esakkan. Berharap esok masih ada sinar untuk kami. . .


* neverForgetThis ~

Friday, August 17, 2012

A nice story about Kaabah


Aku nak kongsi satu cerita gn korang. Baca lah, aku rasa korang pun akn rasa apa yg aku rasa . .  :)  


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
 لا إله إلا الله، محمد رسول الله


"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

 "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

 "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

 "Pernah.. selalu.."

 "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

 "Tengok perlawanan bola la.."

 "Di mana?"

 "Dalam tv la.."

 "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawananbola ke tak.."

 "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

 "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

 "So..?"

 "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

 "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

 "Peliknya.."

 "Sebab apa pulak pelik?"

 "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-
apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

 "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul..


* لا إله إلا الله، محمد رسول الله

home