Thursday, May 22, 2014

Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA)



Assalamualaikum. Olla !  okay kali ni aku nak cite sikit pasal Pembantu Pembedahan Pergigian a.k.a DSA ni. Hmm sesapa yang dia punyer hasrat tak kesampaian nak jadi dentist tu boleh la apply DSA. Hehe tak dapat jadi dentist, jadi pembantu dentist pun okay jugak kan. Duduk tepi doc assist patient. Best jugak lorh



Anybody yang dah pass interview tu aku ucapkan tahniah lah. Korang hebat , sebab tak mudah nak lulus iv under gov ni tau. Ramai kut yang fail hmm takde rezeki kat situ. InshaAllah ada rezeki korang  masing-masing Dia nak bagi. By the way, intake untuk jawatan ni KKM buat 2 kali setahun. Januari ngan Julai. Kalau yang dapat intake Jan tu, InshaAllah daftar 1 or 2 hb. Intake Julai maybe 1 or 2 hb jugak kut hee aku tak sure sangat sebab aku intake Jan 



Entry aku hari tu pasal lokasi Kolej Latihan Pergigian Malaysia (KLPM) kan. Kali ni aku nak bagi sikit gambaran pasal DSA ni. Pakaian , tempat kerja ke pape. Kononya la kan hahaa eh betul la. Nak share aku punyer pengalaman kecik jadik pelatih DSA ni hihi


uniform. apron, glove, mask tu time nak assist. spek tu tak termasuk okey haha 







unit pergigian dalam bilik rawatan (surgery)

basuh perkakas pergigian selepas rawatan



Lepas 3 bulan blajar kat kolej, korang akan kuar praktikal selama 18 bulan kat mana-mana klinik under Op and pakar. kat klinik yang aku praktikal, kitorang kena 9 bulan OP pastu 9 bulan kat pakar. Kalau bernasib baik, dapat la praktikal  kat negeri sendiri. Tapi kemungkinan untuk dihantar ke negeri-negeri lain pun ada hehe. Ye, macam aku ni -_-'  Papepun aku bersyukur. Hmm ada hikmah dia kan ? okey lepas praktikal 18 bulan tu, korang will come back to kolej untuk final exam. 3 bulan terakhir tu la last stage before grade. Pastu akan cuti selama 2 bulan then dihantar posting as a Dental Surgery Assistant :) 

Saturday, April 19, 2014

Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia



Hai hai assalamualaikum . fuhh fuhh ! tiup sikit blog  berhabuk yang  lama tak update ni hahaa. Aku rasa  kali ni la paling lama aku tak jengah ruang  hayal aku ni. Hmm macam biasa , busy lorh. Last  entry itu hari pasal tawaran yang aku dapat under SPA  kan. Yeahh, aku grab tawaran tu sambil lompat kecikk haha (tagline ‘kecik’ ni aku baru dapat kat kolej. Hehee nanti la aku story). 


Okeh . I nak kenalkan youalss dengan  PUSAT PERGIGIAN KANAK-KANAK&KOLEJ LATIHAN PERGIGIAN MALAYSIA (PPKK&KLPM) . Kat Malaysia ni ada satu je yang namanya kolej gigi ni. Its located in Pulau Pinang. Macam aku yang asal timur ni jenuh la jugak nak menyampai pulau mutiara ni. Kalau dari Terengganu lalu belah Kelantan pastu Perak Perlis semua dalam 6-8 jam ngan kereta. 


latest punyer pintu masuk KLPM. okay abaikan ketiadaan huruf N tu alahai -_-'


PETA LOKASI PPKK&KLPM

PPKK&KLPM ni bersebelahan ngan kolej jururawat Penang. Bila dah jumpa hospital besar Pulau Pinang, masuk je cabang  depan pintu pagar hospital tu then jalan terus Jalan Sepoy Lines,10450. Jumpa la kolej jururawat, depan sikit pastu sampai la korang kat PPKK&KLPM :) . Kalau korang nak peta yang lagi detail pasal area kolej tengok kat sini  Peta Lokasi PPKK&KLPM .


So far okay la study sini. kemudahan tu ada cuma kat dalam kolej ni takde kedai runcit hahaa nak beli pape kena keluar lalu ikut hospital sana. Area tu ada la 7E ngan kedai makan. Hostel dia okey, 1 bilik 2 orang. Untuk pelatih Pembantu pembedahan pergigian (DSA) ditempatkan kat tingkat 12 tapi jangan risau lif disediakan :) . Pelatih Jururawat pergigian & Juruteknologi Pergigian pun ditempatkan kat sini. Kelas macam biasa, macam penjawat awam lain gak start jam 8 pagi sampai 5 petang. Mula-mula sumpah penat tapi bila dah sebulan berada kat sini aku dah boleh adapt. Alah bisa tegal biasa gituu hewhew. 


Bagi pelatih DSA macam aku ni, stay kat kolej 3 bulan je pastu akan kluar praktikal kat mana-mana negeri selama 18 bulan. Last skali kembali ke kolej balik untuk 3 bulan terakhir lepas praktikal. Kalau ada rezeki, dapat la kat negeri sendiri kalau tak pandai-pandai la survive nanti. Before kluar praktikal, kena seat tuk exam dulu tau bulan 3 tu. Lulus baru boleh kluar, kalau tak kena stay kolej untuk repeat fuhh mintak jauh laa kan. Sumpah nervous time dorang nak announce result hari tuu sampai ada yang nanges. Hmm aku pun lupa whether im include or not hihi . Papepun, Alhamdulillah we made it ! and sekarang aku tengah berpraktikal kat Kedah. Huuu takde rezeki nak balik Terengganu. Sabar je laa. kat tepi tu,  bangunan tambahan KLPM a.k.a asrama pelatih perempuan. 







home