Monday, September 3, 2012

Malam itu


“ Korang , kita buat friendship day nak ? “

“ Friendship day ? best tu. Boleh jugak kita jernihkan   hubungan ngan Nur  tu kan "

“ A’ah. Lagipun exam dah dekat. Biar settle semua masalah. Takdelah nak serabut-serabut lagi . kebetulan malam Isnin nanti form 5 takde.  Dorang kan ada kem "

Petang tu kitorang plan nak buat frienship day untuk kelas. Tapi girls je yang join. Boys ntah kenapa lah ( maybe termakan kata-kata si Nur yang dulu kot. Tu fasal taknak join. Dah hangin ngan kitorang) kitorang pun tak kesah . Lantak lah nak pikir apa pun, janji lepas ni hubungan  dengan Nur okey balik. Plan siap-siap, tunggu masa je. Nak buat malam. Mesti best kan ? hope so ~

“Sape nak balut hadiah ? guna surat khabar je lah, save bajet lorh. Haha "

“ meh, kita balut ramai-ramai. Cepat sikit. Pastu 2 orang potong kertas, buat kotak beracun ” aku pun tak tahu ni dialog sape. Haha

“ Eh, Khalisah ngan Aisyah mana ? ” tiba-tiba je aku rasa nak tanya.

 Memanglah, dari tadi lagi tak nampak dorang. Rupanya kawan aku ni ada kerja sikit untuk PRS punyer. Folio kerjaya kalau tak silap. A’ah                                                                                   

Ada yang buat air, tolak meja ke tepi , sapu lantai. Kitorang guna ruang tengah tuk duduk. Selesai sediakan semua, kitorang ramai-ramai duduk atas tikar. Kalisah ngan Aisyah pun sampai. Tapi, Cuma Nur  je yang belum muncul.

“ mana  Nur ? ”

“ ntah, pelik betul ”

“ takpe, biar aku yang pegi panggil kat asrama ” Maybe dia lambat sikit kot


Aku pun pergilah asrama nak panggil Nur. Rupa-rupanya dia taknak join. Pening katanya. Tapi dia sempat bagi hadiah yang nak ditukar nanti.

“ nur tak join lah. Dia pening kepala ”

“ owh. Peliklah, tiba-tiba pening "

“ bukan ke sebelum ni dia ada cakap yang dia ada darah rendah ” erm . . iye kot

Kitorang dah berkira-kira adakan friendship day ni tau. Nak  berbaik-baik semula. Tup-tup dia pulak yang sakit kepala. Aku pun tak pasti betul ke tak si Nur ni. Petang tadi okey je aku tengok.  Nak taknak, kitorang mulakan tanpa Nur. Start ngan kotak beracun. Pasang je muzik, berjalanlah kotak tu. Haha. . masing-masing berdebar lorh. Aku pun takut sebenarnya. Habis je 1 pusingan, tiba-tiba kitorang dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu kelas. Tingkap dah tutup, langsir je tak.


“  woi korang ! buat apa kat dalam tu ?  macam parti liar je. dahla bising ”


 Kitorang bukan main terkejut lorh. Pastu sorang kawan kitorang, Khalida  pergi kat pintu nak tengok. Rupa-rupanya budak batch kitorang jugak, Azimi. Serta merta permainan dihentikan. Pastu aku nampak khalida bagitau sesuatu kat zimi. Masing-masing terkejut bila suasana luar kelas bertukar menjadi sangat bising. Ada yang ketuk-ketuk tingkap dengan kuat. Pintu belakang pun kena tendang. Keadaan seolah-olah dikepung sekumpulan pengganas. Rasa macam dah lakukan kesalahan yang sangat besar sampai dorang buat macam tu.


Keadaan berterusan agak lama dan pada masa tu kitorang, 14 girls ni tak tahu nak buat apa. Masing-masing panik. Tambah pulak ngan perasaan pelik kenapa jadi macam ni. Pastu Khalida tutup balik pintu dan datang kat kitorang.

“ kat luar tu penuh ngan budak laki SA (sains agama) ngan budak ST (sains teknikal). Dorang tuduh kita buat parti liar lah sebab bising-bising. Macam mana ni ? ”

“ iye ke ? ”

“ mana ada bising. Kan kita dah test tadi, muzik ni kuat ke tak. Aku dah tanya adik form 1 kat bawah. Dorang cakap tak pun ”

Makin pelik lah jadinya bila kitorang dituduh buat parti liar pulak. Padahal  tak pun. Pastu Khalida pergi semula kat pintu nak intai kot-kot dorang dah pergi. Aku pun intai jugak. Ya Allah , punyer la ramai budak laki kat luar tu. Makin ramai adalah. Masing-masing mula ketuk-ketuk tingkap, tendang pintu kelas macam tadi. Ada yang bisik-bisik mengata kitorang. 1 batch budak laki dah berkumpul depan kelas buat bising. Yang maki-maki pun ada. Macam ni ke perangai budak SBP ? aku pun terkejut. Maklumlah, aku budak baru kat skool ni.

Pastu, aku tengok ada kawan aku yang dah mula menangis sebab tak tahan ngan kelakuan dorang. Air mata aku pun dah bergenang. Punyer lah takut. Khalida je yang nampak tenang. Dia tengah cakap-cakap dengan Zimi tapi nampak cam sia-sia je bila dorang tak percaya cakap Khalida.

“ betul, kitorang main kotak beracun je. Mana ade joget-joget buat parti liar. Sape yang cakap camtu? ”  *tak habis-habis menafikan

“ argh, aku dapat tahu korang joget-joget, pasang muzik pastu bising-bising dalam kelas. Ni kan dah malam, asal bergalak sakan hah ?

Tak habis-habis kitorang dituduh camtu. Azimi tu sebenarnya salah sorang Badan Dakwah skool. Tapi tak bermakna dia boleh je  nak tuduh dan serang kitorang camni. Budak laki kelas kitorang langsung tak backup. Dorang lebih sokong si Azimi tu. Malam esoknya, warden kami, cikgu harun adakan perbincangan bila dah tahu apa yang berlaku. 2 wakil kitorang dan 2 budak laki pergi tuk selesaikan masalah ni.


Masing-masing taknak mengalah. Ingatkan lepas je perbincangan tu, semua dah settle. Rupanya tak. Buat pulak kat kelas kitorang, 4 USM. Kali ni ketua pelajar pulak yang turut serta. Tapi cam biasalah, lansung tak membantu sebab dorang langsung tak ambil peduli apa yang kitorang bagitau. Asyik membalas dengan ejekan je. Sedih betul tau. Tiba-tiba khalisah pun bersuara ( cuba nasib). Tapi sama je, macam tu jugak. Paling aku takleh lupa, si khalisah ni brcakap dalam keadaan berjujuran air mata, teresak-esak tapi langsung tak dihiraukan. Yang lain pun terus nangis ~ terlalu sedih.

Tapi tak bagi si Nur. Langsung tak nangis, tak tunjukkan reaksi sedih pun ( patut ke aku cakap dy ni annoying GiL**r ? ) Aku pun tak faham betullah.  Eeiii . .  .                                                                                                   last skali, habis camtu je. Kitorang langsung tak boleh tahan nangis. Pastu blah macam tu je balik asrama. Masa tu lah kitorang perasan Nur takde sekali. Rupa-rupanya dia balik asrama sorang-sorang ikut jalan lain, sama ngan laluan budak laki tadi tuk ucap terima kasih kat dorang sebab konon-kononya dah tolong backup dia daripada kitorang. Punyerlah menyampah. Huh !

 Malam tu kitorang berpakat nak tidur sama-sama dalam bilik iron(iron baju).Nur je yang tidur kat bilik atas. Mata semua dah bengkak sebab banyak sangat nangis. Lebih sedih lagi, penolong kelas kitorang, Ummi tak sehat. Badan ummi lemah sangat fasal dah terlalu stress. Batuk-batuk tu takyah sebut lah.  :’(

“ dahla, ummi takyah fikir sangat. Tidur lah dulu ”

“ betul tu Mmi. Nanti makin teruk ”

Kesian betul tengok Ummi.
Ntah pukul berapa, kitorang pun tertidur. Masing-masing terlelap dalam esakkan. Berharap esok masih ada sinar untuk kami. . .


* neverForgetThis ~

home