Thursday, May 22, 2014

Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA)



Assalamualaikum. Olla !  okay kali ni aku nak cite sikit pasal Pembantu Pembedahan Pergigian a.k.a DSA ni. Hmm sesapa yang dia punyer hasrat tak kesampaian nak jadi dentist tu boleh la apply DSA. Hehe tak dapat jadi dentist, jadi pembantu dentist pun okay jugak kan. Duduk tepi doc assist patient. Best jugak lorh



Anybody yang dah pass interview tu aku ucapkan tahniah lah. Korang hebat , sebab tak mudah nak lulus iv under gov ni tau. Ramai kut yang fail hmm takde rezeki kat situ. InshaAllah ada rezeki korang  masing-masing Dia nak bagi. By the way, intake untuk jawatan ni KKM buat 2 kali setahun. Januari ngan Julai. Kalau yang dapat intake Jan tu, InshaAllah daftar 1 or 2 hb. Intake Julai maybe 1 or 2 hb jugak kut hee aku tak sure sangat sebab aku intake Jan 



Entry aku hari tu pasal lokasi Kolej Latihan Pergigian Malaysia (KLPM) kan. Kali ni aku nak bagi sikit gambaran pasal DSA ni. Pakaian , tempat kerja ke pape. Kononya la kan hahaa eh betul la. Nak share aku punyer pengalaman kecik jadik pelatih DSA ni hihi


uniform. apron, glove, mask tu time nak assist. spek tu tak termasuk okey haha 







unit pergigian dalam bilik rawatan (surgery)

basuh perkakas pergigian selepas rawatan



Lepas 3 bulan blajar kat kolej, korang akan kuar praktikal selama 18 bulan kat mana-mana klinik under Op and pakar. kat klinik yang aku praktikal, kitorang kena 9 bulan OP pastu 9 bulan kat pakar. Kalau bernasib baik, dapat la praktikal  kat negeri sendiri. Tapi kemungkinan untuk dihantar ke negeri-negeri lain pun ada hehe. Ye, macam aku ni -_-'  Papepun aku bersyukur. Hmm ada hikmah dia kan ? okey lepas praktikal 18 bulan tu, korang will come back to kolej untuk final exam. 3 bulan terakhir tu la last stage before grade. Pastu akan cuti selama 2 bulan then dihantar posting as a Dental Surgery Assistant :) 

home